top of page
Screenshot 2024-08-20 at 1.52.43 PM.png

USAHA
KITA

Demi perpaduan dan membina komuniti yang harmoni.

PROGRAM & PROJEK KITA.

Kegiatan dan aktiviti kita akan dirangka dengan menyasarkan matlamat asas KRT dan digabungkan dengan penyesuaian berasaskan keperluan komuniti setempat.

Semua perancangan kegiatan kita hanya melibatkan masa terluang memandangkan kebanyakan ahli-ahli pengurusan mempunyai masa yang terbatas dengan tugas kerja dan tanggung-jawab harian. Kita mensasarkan sekurang-kurangnya sebanyak 12 program dan projek setiap tahun.

Antara perancangan program termasuklah:

Sambutan & Majlis Sosial

Ini termasuklah sambutan perayaan, kemerdekaan, perkumpulan remaja, Wanita dan kanak-kanak dan kegiatan untuk kumpulan kecil.

Kegiatan Pendidikan

Menyasarkan kepada kegiatan utama seperti lawatan sambil belajar, pendidikan berkaitan alam sekitar, pendidikan keselamatan, bantuan pelajar  dan seumpamanya

Kawalan Keselamatan

Skim Rondaan Sukarela (SRS) akan dibentuk sebagai asas penglibatan sosial dan pemantauan keselamatan oleh pasukan penduduk setempat.

Program Peduli Jiran

Merupakan program berterusan untuk membina asas utama setiap komuniti dengan mengambil berat dan kenal jiran setempat.

Program Ekonomi

Menjalankan program-program untuk membina ekonomi mikro setempat dengan aktiviti berasaskan pembuatan, pertanian dan perkhidmatan.

Program Kesihatan

Mengadakan program berasaskan kesihatan seperti Profesional Health Coaching program, bicara kesihatan,  jogging,  senamrobik, berbasikal, pertandingan sukan termasuk eSport dan Health Screening.

bottom of page