top of page
Search

Projek Bakar Lemang: Antara Kejayaan Cemerlang dan Tragedi Pulut Hitam

Updated: Jun 21, 2024


Pakar-pakar dalam kawalan api sedang beraksi. Engineer telah melakukan sedikit kesilapan dengan binaan 2 menara condong yang terlebih jarak antara satu sama lain, walaupun setelah melakukan 3 kali perubahan pelan. Hehe.. Namun hasilnya sangat menakjubkan!

Karnival Ibadah Korban Taman Kasih 2024 telah diselitkan dengan aktiviti membuat dan membakar lemang secara gotong royong. Ini merupakan aktiviti kali kedua dan pertama kali dilakukan pada tahun 2018. Sememangnya banyak kenangan dan pengalaman bermula dari proses mencari kayu api hinggalah pada masa membakar. Sudah semestinya aktiviti sebegini telah meningkatkan tahap persahabatan dan silaturahim dikomuniti. Berbekalkan pengalaman lepas, idea membuat lemang pada Hari Raya Aidil Adha tahun ini terus mendapat sokongan padu dari semua. Dengan konsep gotong royong, semua bermuafakat menyediakan kayu api, buluh, tempat membakar dan yang berkaitan. Semua bahan-bahan utama dan sampingan telah ditaja oleh individu yang juga pengerak kepada aktiviti ini (semoga bertambah rezeki beliau..).



Dengan muafakat dan bimbingan dari Chef Sam a.k.a the in-house chef , kita telah berjaya menbuat pelbagai jenis lemang termasuk Lemang Pulut, Jagung, Pulut Hitam dan Lemang Tepung. Rendang ayam turut disediakan untuk dimakan bersama lemang.


In-house Chef terduduk kekenyangan (2 jam sebelum siap) akibat terlalu banyak kali mencuba rasa bagi memastikan kualiti rendang ditahap terbaik.. he he...

Hasilnya, kita berjaya membakar lemang yang sangat berkualiti dan rasa yang sangat sedap. Kualitinya mendapat pujian ramai termasuklah lemang jagung. Walau bagaimana pun, cerita sebaliknya berlaku kepada lemang pulut hitam kerana pembuatannya telah mencipta sejarah dengan kegagalan teruk dan terpaksa dihantar kembali ke makmal untuk ujikaji dan mencari punca ketidakmenjadiannya.


Disisi lain, kegagalan tersebut berjaya juga di cover dengan meng convert kannya menjadi bubur pulut hitam oleh seorang master-chef yang lain.

Inilah bukti tersebut... hehe..

Keadaan mengelirukan juga berlaku kepada lemang tepung apabila ramai yang mencuba dan menyamakannya dengan lepat pisang! hahahaha.. Nantikan projek lemang seterusnya.. Lemang Pulut Durian?

 
 
 

Comments


bottom of page