top of page
Search

Jom Ronda dan Majlis Pelancaran Skim Rondaan Sukarela (SRS)



[16 Ogos 2024] KRT Taman Kasih telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya melancarkan satu pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang terdiri dari 26 orang sukarelawan. Pasukan ini telah dilancarkan dengan rasmi oleh YBhg. Dato' Hj. Che Roslan bin Che Daud, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada jam 10.30 malam bersempena dengan program Jom Ronda SRS di Jalan Kasih 5, Taman Kasih. Pelancaran pasukan SRS Taman Kasih telah disempurnakan dengan pemakaian Jaket Rasmi Peronda SRS dan penyerahan Tongkat Peronda kepada ketua peronda SRS, En. Abdul Rashid bin Abdullah.



Majlis turut dihadiri oleh Ketua Polis Kajang, ACP Tuan Naazron bin Abdul Yusof, Pengarah JPNIN Negeri Selangor, Tuan Burhanuddin bin Haji Daud dan wakil-wakil dari Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Daerah, Agensi-agensi keselamatan termasuk pasukan Polis, Amanita, Bomba, FRU dan lain-lain.

Sebagai gimik awal, satu perarakan sejauh satu kilometer oleh kumpulan peronda bermotorsikal telah bergerak dari padang di Taman Sekamat yang diketuai oleh Pasukan Peronda Berkuda FRU bersama 6 ekor kuda peronda dan pasukan Peronda Polis telah mengiringi Dato' Ketua Pengarah ke lokasi majlis. Mereka telah disambut dengan paluan kompang dan pencak silat oleh pasukan kompang dan silat komuniti Taman Kasih. Majlis yang berlangsung meriah itu turut disaksikan oleh kira-kira 200 orang penduduk dari komuniti KRT Taman Kasih.



Majlis ini telah diuruskan oleh Pejabat Perpaduan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama KRT Taman Kasih dan disokong oleh pelbagai agensi kerajaan.

 
 
 

Comments


bottom of page