Penubuhan Pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Taman Kasih
- Mat Din Mat Iail
- Aug 23, 2024
- 1 min read

[27 Julai 2024]
KRT Taman Kasih telah memohon dan berjaya menubuhkan satu pasukan peronda sukarela bertujuan untuk memantau keselamatan dikejiranan. Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Taman kasih telah ditubuhkan dengan rasmi pada 26 Julai 2024 dengan pendaftaran awal anggota seramai 26 orang.
Satu sesi penerangan kepada ahli-ahli SRS oleh Encik Ahmad Dzulkarnain Bin Mohamad Tarmizi, Penolong Pegawai Perpaduan, Pejabat Perpaduan Daerah Hulu Langat telah dijalankan bertujuan untuk memberi pemahaman berkaitan fungsi, tugas, tanggung jawab anggota dan kelebihan-kelebihan ahli SRS terutamanya melibatkan keselamatan semasa bertugas.










Comments