top of page
Search

Projek Ekonomi Komuniti KRT: Mula Melangkah



[29 Julai 2024] Susulan daripada lawatan sambil belajar ke KRT Taman Desa Jati pada 21 Julai yang lalu, pasukan Jiran Wanita KRT Taman Kasih telah memulakan inisiatif baharu dengan percubaan untuk menggerakkan Projek Ekonomi Komuniti - pembuatan sabun serbaguna. Proses pembuatan produk contoh (sampling) bagi produk sabun serbaguna telah dihasilkan menggunakan proses kitar semula minyak masak terpakai. Produk contoh ini adalah sebagai proses penilaian dan percubaan sebelum dikomersialkan. Penghasilan produk memerlukan masa selama satu bulan untuk matang (melengkapkan tindak balas bahan-bahan campuran) sebelum boleh digunakan.



Ujian awal terhadap contoh produk mendapati sangat berkesan untuk kegunaan pencucian peralatan dapur dan kotoran lain. Contoh-contoh produk akan mula diedarkan kepada penduduk dalam masa terdekat untuk tujuan penilaian penggunaan dan maklum balas dan akan ditambah baik mengikut kesesuaian sebelum dijenamakan dan mula dijual.

Perhatian: KAMI MEMERLUKAN MINYAK MASAK TERPAKAI

KRT Taman Kasih memohon kepada semua penduduk yang mempunyai minyak masak terpakai untuk menjual / derma kepada kami bagi tujuan kitar semula. Bagi yang menderma minyak terpakai, kami akan menghadiahkan Sabun serbaguna kepada mereka nanti.



 
 
 

Comments


bottom of page