Gotong Royong Persediaan Karnival Ibadan Korban
- Mat Din Mat Iail
- Jun 20, 2024
- 1 min read
Karnival Ibadah Korban Taman Kasih 2024 diteruskan dengan dua siri gotong-royong yang melibatkan dua agenda utama - persediaan tempat korban dan membersihkan kawasan persekitaran.
Gotong royong pertama telah diadakan pada 8 Jun 2024 dan berjaya membersihkan kawasan sekitar surau bagi memastikan keselamatan dan mewujudkan suasana yang lebih baik. Semua yang berkesempatan telah berganding bahu memotong lalang dan semak samun sebagai persediaan tempat.
Gotong royong kedua pada 16 Jun 2024 adalah program khas untuk persediaan akhir Karnival. Ini termasuklah bagi memastikan semua persediaan ibadah korban berada pada tahap terbaik. Semua peralatan untuk pengurusan korban seperti pemasangan khemah khas, perlatan untuk pemotongan daging dan agihan telah berjaya disediakan. Aktiviti gotong royong untuk menyediakan bahan-bahan membuat lemang juga telah bermula dari pagi sehingga petang termasuk menyediakan kayu api dan tempat membakar.














Comments