top of page
Search

Lawatan Muhibah Silaturahim Sambil Belajar Ke KRT Taman Desa Jati Negeri Sembilan



[21 Julai 2024] Program lawatan sambil belajar ini merupakan program pertama seumpamanya dianjurkan oleh ahli Jiran Wanita KRT Taman Kasih, diketuai oleh Puan Aziah Abeh. Seramai 26 orang telah mengambil bahagian. Program bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat program ekonomi komuniti yang dijalankan oleh KRT Taman Desa Jati, Nilai Negeri Sembilan. Mereka menghasilkan pelbagai produk berasaskan kitar semula seperti sabun pencuci dan lilin dari minyak masak terpakai. Kami telah disambut meriah oleh En. Mohd. Hasan bin Abdul Hamid, Pengerusi KRT Taman Desa Jati bersama pasukannya. Program lawatan diisi dengan sesi penerangan berkaitan kejayaan yang telah dicapai oleh KRT Desa Jati yang telah menempa kejayaan diperingkat kebangsaan terutamanya dalam kegiatan ekonomi komuniti dan kitar semula.



Sesi khas yang merupakan acara utama ialah bengkel membuat sabun dan lilin dari bahan minyak masak terpakai. Kami telah ditunjukkan secara jelas cara-cara persediaan, pembuatan dan proses yang telah mereka gunakan. Kami juga berpeluang melihat dan membeli barangan yang telah mereka pasarkan sebagai kenangan. Kami juga ditemukan dengan ahli-ahli dari KRT Kampung Permatang Pasir, Kelantan yang turut berkunjung kesana pada hari itu. Majlis diakhiri dengan sesi bertukar cenderahati, sesi bergambar dan makan tengahari.

 
 
 

Comments


bottom of page