top of page
Search

Karnival Ibadah Korban Taman Kasih 2024





Surau an Nur dengan kerjasama KRT dan PPKTK telah menganjurkan program korban bertempat di Surau An Nur bermula dari 1hb Jun hingga 17hb Jun 2024. Pelbagai program telah berjaya direalisasikan antaranya siri ceramah khas berkaitan korban, gotong royong, membakar lemang, solat aidil adha dan ibadah korban yang melibatkan dua ekor lembu yang dilakukan secara muafakat dan gotong royong.

CERAMAH KHAS

Dua siri ceramah telah berjaya dianjurkan melibatkan dua penceramah yang dijemput khas oleh Jawatankuasa Surau An Nur. Ceramah pertama diadakan pada 1 Jun 2024 bermula selepas solat Maghrib bertempat di Surau An Nur.

Penceramah jemputan ialah Ustaz Mohd Sharizan dari Al Azhar Care. Namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, beliau telah meminta digantikan oleh Ustaz Mohammad Hanif bin Malik. Ceramah kedua telah disampaikan oleh Ustaz Dr Mohd Aizam bin Mas'od dari JAKIM pada 9 Jun 2024 di Surau An Nur. Beliau memberikan peringatan berkaitan ibadah korban, keikhlasan dan pembahagian korban.





 
 
 

Comments


bottom of page