top of page
Search

Mesyuarat Rasmi Pertama Perlantikan AJK KRT Taman Kasih




KRT Taman Kasih telah berjaya ditubuhkan secara rasmi pada 6 Disember 2023. Sehubungan itu satu mesyuarat khas bagi melantik AJK telah diadakan pada Hari Sabtu, 9 Mac 2024. Mesyuarat kali pertama ini telah dihadiri pegawai-pegawai dari Pejabat Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Hulu Langat. Mereka terdiri dari Puan Norazila Binti Sahak, Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat, Encik Ahmad Rizal Bin Abd Razak

Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat dan Encik Ahmad Dzulkarnain Bin Mohamad Tarmizi, Penolong Pegawai Perpaduan / Pegawai Zon KRT Zon Kajang.



Mesyuarat yang bermula pada Jam 9.15 pagi itu disegarkan dengan sesi minum pagi dengan pelbagai juadah dan suai-kenal bersama-sama penduduk yang hadir.

 
 
 

Comments


bottom of page