top of page
Search

Pok Pek Pok Pek... Alamak... Raya Lagi!

Updated: May 11, 2024



Majlis rumah terbuka komuniti telah diadakan pada Hari Sabtu, 4 Mei 2024, jam 8.30 malam bertempat di Jalan Kasih 4. Program ini telah dianjurkan secara bersama oleh KRT, PPKTK dan Surau AnNur Taman Kasih. Program sambutan Hari Raya tahun ini berkonsepkan Potluck dengan penyediaan menu dan juadah telah diuruskan oleh pasukan muslimah Taman Kasih dan Bayu Sekamat. Pelbagai juadah tradisi telah disediakan termasuk lemang, Soto, satay, Kambing golek dan pelbagai kueh tradisi.




Program tahun ini sangat meriah dengan kehadiran lebih 250 orang penduduk dari kejiranan Taman Kasih. Majlis juga turut diserikan dengan lagu-lagu bertemakan Hari Raya dan turut dinyayikan secara karaoke oleh beberapa penduduk yang sangat berbakat. Jutaan terima kasih kepada semua penduduk yang berpeluang memeriahkan majlis. Andalah pengerak komuniti kita! Tahniah.


Bahan-bahan promosi digital di komuniti:




Proses gerak kerja - Mesyuarat, Teknikal dan persediaan makanan dan tempat:








 
 
 

Comments


bottom of page