top of page
Search

Singgah JPNIN sekejap

4 Julai 2024: KRT Taman Kasih telah melakukan kunjungan ringkas ke Pejabat JPNIN Hulu Langat di Reko Sentral bagi membincangkan beberapa perkara. Perbincangan bersama Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat, Puan Norazila Binti Sahak dan Pen. Pegawai Perpaduan En. Ahmad Dzulkarnain Bin Mohamad Tarmizi itu antaranya makluman berkaitan aktiviti KRTTK dan permohonan bagi penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS).


SRS merupakan skim asas dalam penubuhan KRT yang bertujuan untuk menjalinkan silaturahim dan muafakat bersama penduduk dalam mengawal keselamatan dikomuniti. Aktiviti ini mampu untuk mengaktifkan semangat sosial dan saling mengenali antara penduduk. Nantikan pelancaran SRS Taman Kasih...!

 
 
 

Comments


bottom of page