Solat Sunat Aidil Adha dan Ibadah Korban
- Mat Din Mat Iail
- Jun 21, 2024
- 1 min read
Kemuncak kepada Karnival Ibadah Korban Taman Kasih 2024 adalah menunaikan solat sunat Aidil Adha dan Korban bertempat di Surau An Nur pada pagi hari raya aidil adha.
Penduduk mula berkumpul seawal jam 7.30 pagi dengan acara bertakbir raya. Solat bermula jam 8.00 pagi diimamkan oleh Pengerusi Surau An Nur, Ustaz Muhammad manakala khutbah Aidil Adha telah disampaikan oleh saudara Che Ahmad Farisi.
Jamuan ringkas berupa juadah lemang dan pelbagai menu yang disediakan oleh penduduk secara potluck.
Penyembelihan korban bermula tepat jam 9.00 pagi. Dua ekor lembu korban disediakan pada tahun ini dengan seramai 14 orang ahli mengambil bahagian dengan dua orang juru sembelih iaitu saudara Kamarul dan Ustaz Muhammad.
Pelbagai cabaran dalam persediaan telah berjaya dilakukan dengan baik terutamanya tempat sembelihan yang sempit dan bersimen. Semuanya dapat diatasi dengan kerjasama pasukan yang baik dari semua penduduk yang terlibat secara langsung.
Proses melapah, memotong dan menimbang daging telah dilakukan oleh pasukan remaja Taman Kasih dan diketuai oleh Tuan Haji Tafsir sebagai pengurus pembahagian daging korban pada tahun ini.
Nota: Gambar-gambar copyright oleh saudara Tahir dan penduduk.



































































Comments